Teks : Zanariah Kamal
Bismillah..
Assalamualaikum..Kepada pembaca blog ini, ummi nak ucapkan selamat datang, dan terima kasih kerana sudi singgah. Apa khabar hari ini?
Sekarang ni, masih lagi mood raya. Dan ada yang baru nak memulakan berpuasa enam. Kepada yang berjaya sempurnakan ummi ucapkan tahniah ye. Ummi belum lagi mula. Tak tak tahu bila agaknya nak berpuasa. Kepala ummi masih sakit. Insha Allah dalam minggu ini juga ummi nak berpuasa.
Sebenarnya ummi nak cerita pasal masnisnya menutup aurat. Baru- baru ni, ummi berkunjung dan dikunjungi oleh sedara dan teman-teman. Ummi lihat pelbagai fesyen dan pakaian yang digayakan. Ada yang memang menutup aurat dengan bertudung tapi masih lagi tidak mengikut syariat. Ummi seorang wanita berasa malu bila lihat ada yang memakai baju yang sangat sendat membalut tubuh. Memang langsung tiada kemanisan di situ. Moga diberikan hidayah kepada mereka untuk menutup dan memelihara aurat.
Lepas tu kena faham pulak, tutup aurat ni pakai apa pun boleh ke? Haaaa.... kat sinilah yang ramai orang keliru. Kena tahu, syariat dah pun memberitahu kita akan kriteria-kriteria pakaian menutup aurat ni. Kalau masih juga tak tahu, baiklah ummi senaraikan kat sini. Senarai ni belum lengkap ya.
Bismillah..
Assalamualaikum..Kepada pembaca blog ini, ummi nak ucapkan selamat datang, dan terima kasih kerana sudi singgah. Apa khabar hari ini?
Sekarang ni, masih lagi mood raya. Dan ada yang baru nak memulakan berpuasa enam. Kepada yang berjaya sempurnakan ummi ucapkan tahniah ye. Ummi belum lagi mula. Tak tak tahu bila agaknya nak berpuasa. Kepala ummi masih sakit. Insha Allah dalam minggu ini juga ummi nak berpuasa.
Sebenarnya ummi nak cerita pasal masnisnya menutup aurat. Baru- baru ni, ummi berkunjung dan dikunjungi oleh sedara dan teman-teman. Ummi lihat pelbagai fesyen dan pakaian yang digayakan. Ada yang memang menutup aurat dengan bertudung tapi masih lagi tidak mengikut syariat. Ummi seorang wanita berasa malu bila lihat ada yang memakai baju yang sangat sendat membalut tubuh. Memang langsung tiada kemanisan di situ. Moga diberikan hidayah kepada mereka untuk menutup dan memelihara aurat.
Ummi bukanlah ahli agama, bukan juga arif sangat dalam bidang ini. Tapi ummi tulis mengikut ilmu yang sedikit ini dan juga pengalaman hidup selama 38 tahun yang dipinjamkan Allah kepada ummi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Baiklah, untuk memastikan diri terus istiqomah dalam menutup aurat ni pertama sekali kita kena faham KONSEP AURAT. Apa yang kalian faham tentang aurat? Oklah, ummi rasa majoriti tahu aurat itu bagi seorang wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Itu tafsiran mudahnya mengikut ayat dari Surah an-Nur ayat 31.
Jadi, mudah sangat konsepnya, TUTUP SELURUH BADAN kecuali muka dan tapak tangan. Sekarang ni tanya diri masing-masing, "Aku ni dah tutup seluruh badan ke?" Kalau ya, alhamdulillah... lepas satu tahap.
Ok, sekarang kena fahamilah pulak, bila perbuatan ini ada dalam Quran, maknanya ia suruhan Allah. Suruhan Allah adalah WAJIB. Bila buat dapat PAHALA, tak buat BERDOSA. Penting kena ingat ialah BERDOSA kalau TAK TUTUP AURAT.
- tidak nipis
- tidak jarang
- menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
- tidak menampakkan bentuk badan
- tudung dilabuhkan ke bawah paras dada
Manis menutup aurat. |
Jadi, kalau dah tahu, kenapa masih juga pakai baju t-shirt lengan pendek? Memang sangat tidak kena bila kepala bertutup dengan tudung tapi bajunya lengan pendek menampakkan lengan. Pas tu bajunya pula kecik, kadang-kadang melekat di badan, menampakkan cembung dadanya, lekuk pinggang dan kecik atau besar pinggulnya.
Jadilah usaha nak tutup aurat TIDAK SEMPURNA. Maka, bila tak sempurna, SIA-SIAlah ia. Pahala tak dapat, malah DOSA pula yang kita kumpul.
Ok, ok, kita kembali kepada cara nak istiqomah menutup aurat. Segalanya terletak pada diri kita sendiri. Bila kita tahu dan sedar yang kita ini makhluk Allah dan satu hari kita akan mati, dan akan disoal-siasat di hadapan seluruh manusia. Di situlah titik penting yang membuatkan kita akan rasa, "aku kena tutup aurat dengan sempurna." Bukannya susah pun... hanya perlu pakai baju yang kena dengan syarat kat atas tu je.
Tak gitu? Jangan marah ye, ummi hanya memberi sedikit perkongsian.
Moga kita selalu ada azam untuk menjaga aurat dan istiqomah menutup aurat.
Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha.
Comments
Post a Comment