Teks: Zanariah Kamal
Bismillah..
Hari ini nak kongsi tips cara cuci /bersih murnikan hati kita. Hati juga nak kena cuci bersih..Hati ibarat cermin. Hati yang bersih umpama cermin yang bersih berkilat. Semakin bersih cermin itu, maka semakin terang cermin itu dan semakin mudah memantulkan cahaya keimanan.
Manakala, hati yang berkarat pula ibarat cermin yang kotor berdebu maka sukarlah untuk memantulkan cahaya makrifat. Semakin sukarlah pula untuk menerima hidayah Allah. Hati yang berkarat adalah natijah daripada maksiat yang dilakukan. Hati yang kotor hanya boleh dibersihkan dengan membaca Al-Quran danbanyak mengingati mati.
Membaca Al-Quran bukan sekadar memerhatikan huruf,tajwid, fathah dan dhammah sebaliknya hendaklah bertafakkur dan merenungi maksud ayatnya.
Dalam satu hadith dinyatakan bahawa jika seorang hamba melakukan satu dosa maka akan timbul satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bersungguh-sungguh bertaubat, insyallah titik hitam itu akan hilang. Sebaliknya jika dia terus hanyut dengan perbuatan maksiatnya berkali-kali maka akan muncul banyak titik hitam dalam hatinya sehingga boleh menutupi terus hatinya dari menerima cahaya Allah. Bila hati menjadi hitam legam dan kotor maka akan hilanglah keinginan dan kecenderungannya untuk berbuat kebaikan malah hati tadi akan condong ke arah kejahatan.
Manusia yang banyak membuat dosa dan lalai dari mengingati Allah akan menyebabkan hatinya berkarat seperti besi yang berkarat bila terkena air. Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati, hati akan menjadi bersinar kembali.
1. Jaga solat dengan sempurna,
2. Solat taubat setiap malam sebelum tidur,
3. Istighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari dan banyakkan zikrullah,
4. Baca Quran setiap hari,
5. Minta maaf daripada orang lain dan maafkan semua orang,
6. Bisikan kendiri yang positif,
7. Muhasabah dan refleksi diri dan berterusan perbaiki diri,
8. Cuci pinggan, tandas dan lain-lain,
9. Berpuasa sunat,
10. Sentiasa ingat mati dan bersedia menghadapi kematian setiap hari,
11. Kekalkan wudu' sepanjang hari mengikut kemampuan,
12. Banyakkan bersedekah,
13. Beri orang makan,
14. Jaga makanan (halal dan yang baik-baik),
15. Berkawan dengan orang 'alim dan orang yang baik-baik,
16. Sentiasa berpesan pesan ke arah kebaikan,
17. Jaga setiap panca indera (mata, telinga, hati, anggota tangan dan kaki dan deria hidu).
Mari kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa rahmati kita dalam usaha untuk sentiasa memurnikan hati. Wassalam.
Dari: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Comments
Post a Comment