Teks: ZanariahKamal
Bismillah..
Hari ini ummi sempat buat home made pizza yang gebu lembut macam dominos pizza tu..Alhamdulillah menjadi juga. Sebenarnya nak reward Afiq dan encik hubby yang sedang berpuasa enam. Bagi semangat dengan buat makanan kegemaran mereka.
Pizza ni ummi buat guna bahan yang ada di dapur untuk topping tu..emergency boleh je nak makan pizza. Tak payah order dominos lagi. Kalau rajin...kalau malas tak jadilah jawabnya.
Bismillah..
Hari ini ummi sempat buat home made pizza yang gebu lembut macam dominos pizza tu..Alhamdulillah menjadi juga. Sebenarnya nak reward Afiq dan encik hubby yang sedang berpuasa enam. Bagi semangat dengan buat makanan kegemaran mereka.
Pizza ni ummi buat guna bahan yang ada di dapur untuk topping tu..emergency boleh je nak makan pizza. Tak payah order dominos lagi. Kalau rajin...kalau malas tak jadilah jawabnya.
Mari kita semak resepinya. Di sini ummi tuliskan 2 resepi kulit pizza. Pilihlah mana-mana berkenan di hati atau mengikut stok. Pizza base I, hasilnya sangat gebu dan lembut. Yang base kedua tu pun sedap juga, dibuat nipis2...nanti jadi krispi. Silalah mencuba jika berminat ye. Ummi mmg guna resepi yg dua ni je setiap kali nak buat pizza. Manakala toppingnya boleh ditukar mengikut selera dan citarasa. Kadang2 letak filling sate ayam atau seafood. Best sgt!
Pizza base I :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis segera mauripan
- 2 sudu besar susu tepung
- 160 ml air suam
- 1 sudu besar gula halus
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
- 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
- Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
- Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
- Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
- Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
- Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
- Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
- Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
- Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
- Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
***untuk pizza base 2 nanti ummi share ye..
Inilah hasil pizza apa2 aje dari ummi.
Comments
Post a Comment