Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah...
Antara amalan untuk wanita ketika haid dalam bulan ramadhan.
  1. Tutup aurat.
  2. Menjaga batas pergaulan.
  3. Tidak memisahkan diri daripada Al-Quran, malah menyelami terjemahan dan tafsiran.
  4. Menghafal hadith dan mengenal isi & intipati hadith. Termasuklah hadith Qudsi.
  5. Membaca buku-buku berkaitan sejarah sirah Nabi Muhammad SAW. Ex: Buku Fiqh Sirah by Syed Ramadhan Al-Buti. 
  6. Banyakkan berzikir, bertasbih (Subhanallah),bertahmid (Alhamdulillah), bertahlil (La ila ha ilallah), bertakbir (Allahu Akbar)
  7. Membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad. Banyak jenis selawat ada. Selawat ibrahimiah (iaitu selawat yang dibaca waktu tahiyat akhir), selawat syifa etc. 
  8. Memperbanyakkan doa. Doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa memakai pakaian, etc.
  9. Membaca Al-quran dalam hati. Contohnya dah menghafal sesuatu surah, boleh dihafal dan diulang didalam hati.
  10. Menuntut ilmu, dengan cara mendengar majlis ilmu melalui televisyen, radio, audio CD atau menghadiri majlis ilmu etc. 
  11. Mendengar bacaan Al-Quran.
  12. Membanyakkan istighfar.
  13. Bersedekah. Waktu peristiwa Isra' & Mi'raj, Rasulullah melihat ramai wanita dalam neraka. Jadi Rasulullah menasihatkan cara untuk menjauhkan diri dari api neraka adalah dengan bersedekah. 
  14. Membaca buku-buku ilmiah yang menambah ilmu bermanfaat [ni point tambahan ;)]

Sekian, selamat beramal.
Semoga Allah Sayang dan Allah Redha

Comments

Popular Posts