Kerja Mendeko Rumah Dah Siap

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..
Bila masuk bulan ramadhan, suri sibuk pula memikirkan tentang persiapan menyambut raya. Lebih- lebih lagi dah nak hujung puasa maknanya raya dah dekat.

Tidak kurang juga saya turut sama sibuk memikirkan semua tu. Baju melayu anak Alhamdulillah dah siap beli. Mujur ada terjumpa kedai yang memang menjual pakaian dengan harga murah. 4 hero saya sudah siap. Danisha baju kurung serta tudung.

Mengemas rumah pun dah siap. Lega rasa hati bila proses mengecat pun dah beres. Saya rancang nak menambah koleksi biskut raya yang anak suka je selepas ini. Ummi dan ayah tak tukar baju, guna koleksi lama.




Sebelum cat


Selepas cat baru


Syukur sangat ruang dah nampak luas. Tiada kabinet TV lagi, TV dah dilekatkan didinding. Rumah nampaklah kemas dan bersih dari sebelum ini.

Rumah kecil ini banyak kenangan pada kami. InshaAllah kami selesa dan sentiasa menjadi rumah ini syurga buat kami sekeluarga.

Sesiapa yang sudi nak datang beraya datanglah. Rumah kami sentiasa terbuka.

Comments

Popular Posts