Tuesday, 8 July 2014

Selamat Hari Lahir Puteri Ku..

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..
Selamat Hari Lahir puteri  kesayangan ummi..Izz Nur Danisha...5 tahun bermakna dirimu sudah mula belajar tentang kehidupan ..semoga kakak menjadi anak yang baik...jaga perilakumu...jaga pertuturanmu..jaga kelakuan mu..belajar rajin-rajin , pandai jaga diri.

Ya Allah...Iz Nur Danisha menyambut kelahirannya yang ke-5 pada hari ini 8.7.2014 bersamaan 10 ramadhan. Kau berkatilah kehidupannya...Kau rahmatilah dirinya...jadikanlah dia seorang anak dan juga insan yang solehah dan bertakwa kepada Mu , baik dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan bapanya, guru-gurunya, sahabat - sahabatnya...Kau peliharalah maruah dan keindahannya sebagai seorang gadis. Kau kurniakan dia fikiran yang baik dan tajam dalam mencari ilmu...lapangkan dadanya menerima setiap ilmu yang dipelajari dan jadikanlah dia seorang pelajar yang cemerlang. Jaga dan bahagiakanlah dirinya Ya Allah...aku serahkan jiwanya untuk Mu...aammiinn...Ya Allah makbulkanlah doa seorang ibu yang sentiasa menyanyangi anaknya.

Buat Danisha.. Ummi tiada hadiah istimewa untuk mu..hanya doa dan harapan sentiasa ummi titipkan.

Akhir kata ...umi sangat sayang Danisha sampai akhir hayat.




No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...