Tuesday, 1 July 2014

Misi Kumpul Resepi Berjaya

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..

Alhamdulillah.. Kita sedang berpuasa untuk hari ke tiga. Macam biasa bila tiba waktu petang suri-suri sibuk memikirkan juadah apa nak hidang waktu berbuka. Termasuklah saya.

Tahun ini InshaAllah sihat tubuh badan nak masak sendiri. Tak nak beli di luar di bazaar ramadhan. Bukan saja boleh berjimat, malah kebersihan yang paling utama.

Pengalaman beli makanan pada tahun lepas buat saya serik dan nekad masak sendiri. Masa tu saya tak berapa sihat, jadi terpaksa beli. 

Sebelun puasa suami dah beli stok bahan basah untuk seminggu. Sampai kentang pun banyak dibeli. Dah tak ada idea pulak nak menggunakan kentang.

Hari ini saya dapat banyak resepi dari group kongsi resepi ringkas. InshaAllah saya akan buat dan kongsikan resepinya bila saya buat nanti.

Jadi bolehlah klik di label baru saya nanti ye. Resepi Berasaskan Kentang. InshaAllah kalau ada kelapangan.

Menu untuk hari ini, sambal sotong, ayam goreng Kentucky, gulai lemak tempe dan sawi. Karipap roti, semalam tak jadi buat sebab tengok Curry chicken puff banyak sangat. Inti guna yang Sama je.

Sekian, jumpa lagi. Selamat memasak dan berbuka.

Semoga Allah Sayang, Semoga Allah Redha


No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...