Tudung Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka Saya

Teks: Zanariah Kamal



Semalam sembang dengan kawan pasal tudung, selalu pakai tudung segera saiz Xl. Dan kadang- kadang sarung je ke kepala tak pernah terfikir pun dengan sesuai ke tak sesuai dengan bentuk muka.

Apa yang penting tutup aurat. Kebetulan kawan ni jual tudung dia pun cadangkan saya yang muka berbentuk panjang sesuai kenakan Tudung Syria. Memang saya takde koleksi tudung jenis tu. Saya pun tak puas hati dan nakkan kepastian lalu google pasal tudung ini.

Memang betul apa yang kawan saya cadangkan. Macam pengaca Irma Asmi ini..tapi saya tak secantik atau jelita macam Irma ini.. Boleh lah mencuba, kepada anda yang macam saya , gaya dengan tudung Syria yang inner melekap tu..


Tudung yang sesuai mengikut wajah:

1) Bentuk wajah jenis bulat 
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tudung yang mereka gemar. tetapi awas jika salah pemilihan warna tudung akan menjadikan wajah anda kelihatan tua.
2) Bentuk wajah jenis bulat 
Bagi mereka yang berwajah round atau bulat dibahagikan pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir ke rahang pipi. cara pemakaian yang betul adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.
3)Bentuk wajah jenis panjang
Bagi mereka berwajah panjang. Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik ke belakang tudung anda rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.
4) Bentuk wajah jenis bersegi
Mereka yang berwajah diamond biasanya lebih lebar di antara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis ke belakang , turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang,. kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.

Comments

Popular Posts