Tuesday, 15 July 2014

Semperit Hijau Ummi Yang Comel Lagi Manja

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah...
Hari ini buat semperit dengan penuh semangat. Banyak tenaga digunakan untuk menekan tepung. Saya pun rasa teruja nak tunjuk anak balik dari sekolah nanti. Tangan sakit tak apa asalkan anak suka.

Keluar saja dari oven dan biarkan sejuk sebentar. Hati riang tak terkira tengok warna hijau memikat. Tup tup semperit melekat pada dulang. APA lagi sesi menggodoklah.. Hancur semperitku, begitu juga hati Ku hancur. Penat sangat rasanya. Tak tahu mana silapnya.

Inilah rupa semperit hijau Ku yang tak jadi. Kecewa terus stop. Tak mahu terap lagi. Simpan tepung tengah fikir nak buat apa dengan tepung ini.




Masih lagi memikirkan biskut apa yang akan dibuat menggunakan adunan semperit tadi.

Sekarang nak rehat sebentar menenangkan hati. Harap- harap adalah idea yang datang


No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...