Sunday, 13 July 2014

Buat Biskut Sarang Semut Ramadhan ke 15

Teks: Zanariah Kamal

Bismillah..
Assalamualaikum..baru je sempat menulis blog. Sudah beberapa hari tiada internet. Jadi duduk diam tak boleh update blog. Hari ini nak tulislah takut nanti jadi lemau nak menulis.

Hari ini dah habis 15 ramadhan kita berpuasa. Malam ke 16 kita bersolat terawih. 

Siang tadi sempat buat biskut sarang semut. Anak-anak ambil bahagian menolong menyiapkan biskut. Nampaknya nak kena tambah lagi satu adunan. Tadi sempat buat 2 adunan saje sebab masing-masing dah penat. Maklumlah berpuasa kesian hero ummi.

Waktu berbuka dah tinggal separuh biskut dimakan, anak-anak kata sedap sangat biskut ummi buat. Alhamdulillah, nanti ummi buat lagi :-) 

Memang jimat bila buat sendiri biskut. Sebekas kalau beli ada 50 keping RM 22. Bila buat sendiri berganda- ganda jumlahnya dengan modal RM 22. Cuma kena luangkan sedikit masa dan tenaga.

Esok nak buat biskut conflake badam. InshaAllah moga dipermudahkan  Allah urusan esok hari.

Inilah hasil kerja hero- hero saya tadi.






No comments:

Post a Comment

Antioksidan vs Radikal Bebas. Apa kaitan kedua-duanya?

ANTIOKSIDAN merupakan istilah yang tidak asing bagi kebanyakan orang. Golongan wanita selalunya  menitikberatkan penjagaan ...